Wednesday, January 3, 2024

Penubuhan Sudut Hijau EKSA

Amalan Hijau adalah satu usaha yang sangat penting dalam menangani isu pemanasan global dan menjaga bumi kita. Penubuhan sudut Sudut Hijau EKSA di Zon Lavender adalah langkah positif dalam menggalakkan kesedaran dan tindakan proaktif terhadap isu alam sekitar. Inisiatif ini yang diketuai oleh Ketua Zon dengan sokongan daripada anggota Jawatankuasa Zon Lavender bagi menunjukkan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar, sejajar dengan misi MBMB iaitu Bandaraya Bersejarah Lestari dan Pintar.

Sudut Hijau EKSA bagi Zon Lavender merangkumi beberapa aspek penting, termasuk:

  1. Tong Kitar Semula (3R): Prinsip 3R - Reduce (Kurangkan), Reuse (Gunakan Semula), Recycle (Kitar Semula) - adalah asas kepada pengurangan dan pengurusan sisa. Dengan menyediakan tong kitar semula, setiap anggota diberi peluang untuk memisahkan dan memproses sisa dengan betul.

  2. Mesej Kesedaran Hijau/Penjimatan Tenaga/Sumber: Penyampaian mesej kesedaran melalui pelbagai medium seperti poster, papan notis, atau taklimat adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar dan menggalakkan tindakan penjimatan tenaga dan sumber.

  3. Projek Kreatif Kitar Semula: Melalui projek-projek kreatif kitar semula, seperti pembuatan seni dan reka bentuk dari bahan buangan terpakai antara usaha kelestarian alam sekitar dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.


Langkah-langkah ini adalah contoh amalan hijau yang berkesan dalam usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif perbuatan manusia terhadap persekitaran. Dengan kesedaran dan penglibatan aktif dari semua pihak, kita dapat mencapai matlamat untuk menjaga dan melindungi bumi kita bagi generasi akan datang.



















No comments:

Post a Comment