Friday, March 29, 2024

Program Gotong Royong Perdana EKSA MBMB Bil. 2/2024

Program Gotong Royong Perdana EKSA MBMB Bil. 2/2024 telah berjaya dijalankan pada 29 Mac 2024 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini merupakan inisiatif daripada Jawatankuasa Induk EKSA seiring Program 'ANDA KITAR, KAMI BAYAR' Secara Pandu Lalu yang juga merupakan program terbuka kepada warga bandaraya.


Poster Anda Kitar, Kami Bayar @ RAMADAN
Poster Program 'ANDA KITAR, KAMI BAYAR @RAMADAN'



Objektif utama program ini adalah untuk memelihara keceriaan dan keadaan yang kondusif sebagaimana yang diamalkan dalam budaya EKSA. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi tumpuan kepada pengumpulan barangan kitar semula seperti minyak masak terpakai (biodiesel), e-waste, pengumpulan fabrik (fabric recycling), dan pengumpulan barangan kitar semula (3R), di mana barangan-barangan kitar semula tersebut akan dijual mengikut kadar semasa. Selain itu, aktiviti gotong-royong di setiap zon juga dilaksanakan untuk memastikan persekitaran sentiasa bersih dan ceria. Di sini kami kongsikan beberapa gambar aktiviti di Zon Lavender:







Unit Bengkel, JIKL







Unit Stor, JIKL





Sebelum Selepas
 
Sebelum Selepas

Pejabat Peg. Kawasan, JIKL





Secara keseluruhan, program ini tidak hanya berhasil mengeratkan hubungan antara kakitangan, tetapi juga memberi impak yang positif dan bermakna, seiring dengan pepatah "sepakat membawa berkat". Tahniah diucapkan kepada JK EKSA dan anggota yang terlibat!




Wednesday, January 31, 2024

Zon Lavender TOP 5 Audit EKSA BIL. 2/2023

Tahniah kepada Zon Lavender kerana telah tersenarai sebagai salah satu daripada lima yang terbaik dalam pengauditan EKSA Bil 2/2023! 


Klik sini untuk melihat zon lain yang turut tersenarai. Tahniah diucapkan!




Friday, January 5, 2024

Projek Kreatif Kitar Semula

Projek Kreatif Kitar Semula yang melibatkan pengumpulan bahan buangan terpakai dan mengubahnya menjadi karya seni merupakan inisiatif kitar semula yang amat menarik di Zon Lavender

Projek ini adalah hasil kerjasama antara unit-unit di Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik. Unit Bengkel telah mengetuai projek ini dan bertanggungjawab untuk mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan terpakai. Manakala, Unit Tukang pula membantu dalam proses pemasangan karya-karya ini dengan teliti dan mahir. Sementara itu, Unit Cat bertanggungjawab untuk memberi sentuhan akhir dengan cat yang sesuai, bertemakan semangat patriotik serta kecintaan kepada MBMB dan turut dibantu oleh Unit Pembentungan dan Unit Stor. 
Tahniah! Dan terima kasih di ucapkan kepada setiap anggota yang terlibat.

Hasil Projek Kreatif Kitar Semula ini telah dipamerkan di Sudut Hijau Zon Lavender, Pejabat (Aras G), Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik.







 KLIK GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT HASIL PROJEK



Wednesday, January 3, 2024

Penubuhan Sudut Hijau EKSA

Amalan Hijau adalah satu usaha yang sangat penting dalam menangani isu pemanasan global dan menjaga bumi kita. Penubuhan sudut Sudut Hijau EKSA di Zon Lavender adalah langkah positif dalam menggalakkan kesedaran dan tindakan proaktif terhadap isu alam sekitar. Inisiatif ini yang diketuai oleh Ketua Zon dengan sokongan daripada anggota Jawatankuasa Zon Lavender bagi menunjukkan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar, sejajar dengan misi MBMB iaitu Bandaraya Bersejarah Lestari dan Pintar.

Sudut Hijau EKSA bagi Zon Lavender merangkumi beberapa aspek penting, termasuk:

  1. Tong Kitar Semula (3R): Prinsip 3R - Reduce (Kurangkan), Reuse (Gunakan Semula), Recycle (Kitar Semula) - adalah asas kepada pengurangan dan pengurusan sisa. Dengan menyediakan tong kitar semula, setiap anggota diberi peluang untuk memisahkan dan memproses sisa dengan betul.

  2. Mesej Kesedaran Hijau/Penjimatan Tenaga/Sumber: Penyampaian mesej kesedaran melalui pelbagai medium seperti poster, papan notis, atau taklimat adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar dan menggalakkan tindakan penjimatan tenaga dan sumber.

  3. Projek Kreatif Kitar Semula: Melalui projek-projek kreatif kitar semula, seperti pembuatan seni dan reka bentuk dari bahan buangan terpakai antara usaha kelestarian alam sekitar dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.


Langkah-langkah ini adalah contoh amalan hijau yang berkesan dalam usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif perbuatan manusia terhadap persekitaran. Dengan kesedaran dan penglibatan aktif dari semua pihak, kita dapat mencapai matlamat untuk menjaga dan melindungi bumi kita bagi generasi akan datang.